Dirogol ketika dirawat 'Pak Haji'
Oleh NAZATUL SHIMA RAZALI
nazatulshima.razali@kosmo.com.my
KUALA KANGSAR - Hajat seorang ibu untuk mengubati anak daranya supaya melupakan bekas kekasihnya dengan seorang bomoh berakhir dengan anaknya dijadi mangsa pemuas seks bomoh terbabit.
Kejadian tersebut didakwa bermula pada 3 Ogos lalu apabila mangsa yang berusia 21 tahun dibawa ibunya ke rumah 'Pak Haji' di sebuah kampung di Kota Lama Kiri di sini.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Supritendan Abdul Gaffar Mohammad berkata, setibanya di rumah Pak Haji pada pukul 7.30 malam, wanita itu disuruh meninggalkan anak gadisnya selama tiga hari tiga malam kononnya bagi melakukan proses rawatan melupakan bekas kekasihnya.
Bagaimanapun, menurut beliau, pada pukul 12.30 malam hari pertama, gadis itu mendakwa Pak Haji telah memaksanya mengadakan hubungan kelamin.
"Pada mulanya mangsa sangsi dan menolak, namun Pak Haji memberi alasan, hubungan kelamin harus dilakukan kononnya untuk mengeluarkan air mani mangsa yang dikatakan 'ubat mujarab' bagi mangsa melupakan bekas kekasihnya," kata beliau ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.
Menurutnya, dalam keadaan terpaksa mangsa merelakan dirinya dinodai dan perlakuan sumbang 'Pak Haji' itu berulang pada malam ketiga dan keempat.
"Sebelum dibenarkan pulang, mangsa pada pagi 6 Ogos diminta mandi dengan air limau kononnya sebagai upacara terakhir menamatkan sesi perubatan," kata beliau.
Abdul Gaffar memberitahu, sebaik pulang ke rumah, mangsa merasai dirinya tertipu dan menceritakan perkara itu kepada ibunya.
Katanya, gadis yang tidak bekerja itu kemudian membuat laporan di Balai Polis Kuala Kangsar di sini.
Jelas beliau, polis telah menahan suspek berumur 62 tahun pada 7 Ogos lalu dan dia kini direman sehingga Jumaat ini.
Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan menipu.
Kosmo! difahamkan, ketika kejadian dua anak suspek masing-masing berusia 23 dan lapan tahun berada di rumah tetapi isterinya berada di Kuala Lumpur.
_____________________________________________________________
Jadi begitulah berita yang dikupas oleh wartawan malaysia kita dari kosmo. Sejauh mana sahihnya berita ini aku tak mau komen banyak. Adakala aku sangsi dengan berita-berita dari kosmo ni. Anda baca anda sendiri tahu.
Tujah pertamannya, aku tak sangka ada seorang ibu yang sangat bodoh untuk meningalkan anak perempuan anda tiga hari tiga malam dengan seorang lelaki. Tak kisah le ada anak dia kat situ ke, atau umur dia dah 62 tahun dan berpangkat pak haji ke, dan mungkin dengan umurnya begitu kau andaikan dia sudah berkubur pucuk ke, atau dihantar untuk anak dapat lupakan kekasih lama ke. Itu suma bullshit. Anda adalah seorang ibu yang tak da langsung tanggungjawab.
Tujah keduanya, aku tak sangka pulak ada perumpuan yang sangat bodoh mampu percaya pada kata Pak haji bomoh a.k.a perogol dengan menjalankan hubungan kelamin a.k.a seks maka air maninya yang keluar mampu dijadikan ubat mejurab melupakan kekasih lama. Lagi bodoh kerana anda menurutnya sehingga malam keempat. Apa murah nya harga diri kamu sebagai perempuan? Hebat benar kekasih lama agaknya? Ketandusan idea dah agaknya, dah buat macam-macam tapi tak berjaya. Mungkin ubat mujarab itu jalan terakhir di jauh hulu benak pemikirannya.
Tujah ketiga, aku tak sangka ada bomoh yang begitu hebat dengan berjaya menyembuhkan perempuan untuk lupakan kekasih lama dengan air mani mangsanya. Hebatnya ubat mujarab a.k.a air mani mangsa yang disediakan bomoh a.k.a pak haji a.k.a perogol ini, sebenarnya berjaya menyebabkan perempuan ini lupa sebentar daripada merasakan diri dia terpedaya saja. Dan ubat ini hanya berkesan bila mangsa masih berada di rumah bomoh a.k.a pak haji a.k.a perogol dan ketika perjalanan ke rumah mangsa. Apabila sesampainya mangsa di rumah barulah hilang kemujaraban ubat tersebut. Kerana ketika itu lah baru mangsa tersedar dirinya tertipu.
Minta maaf cik or puan NAZATUL SHIMA RAZALI (nazatulshima.razali@kosmo.com.my)sesunguhnya saya cuma ingin menambah kupasan dimana anda mungkin tidak sempat menyiapkannya.
Monday, August 10, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

1 comments:
saya setuju dgn entry nie!!sangaaaattttttt tak logik!!!ibu dan si anak.haihs..memang geram tp bukan salah bomoh tue jugak sbb dua beranak tu pun salah..
Post a Comment